LAMAN BLOG MEMAPARKAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK BAHASA MELAYU

24 July 2013

SAMBUTAN NUZUL QURAN 1434H

Jumaat 17 Ramadhan 1434H bersamaan 26 Julai 2013, Cuti Sekolah sempena Nuzul Quran.


28 August 2012

Kata Hubung


Tatabahasa : Kata Hubung

1.  Kata hubung ialah kata yang menghubungkan dua atau lebih kata, frasa, klausa,
     atau ayat.

2.  Kata hubung terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:
a.  kata hubng gabungan
b.  kata hubung pancangan
c.  kata hubung berpasangan

3.  Kata hubung gabungan ialah kata hubung yang digunakan untuk membentuk ayat
     majmuk gabungan.
Contohnya: atau, dan, kecuali, lalu, maka, serta

4.  Kata hubung pancangan ialah kata yang digunakan untuk memancangkan satu
     klausa dengan klausa yang lain untuk membantuk ayat pancangan.
Contohnya: agar, supaya, bahawa, hingga, jika, kalau, kerana, manakala,
         sebelum

5.  Kata hubung berpasangan pula ialah kata yang hadir berpasangan dalam bentuk
     ayat majmuk.
Contohnya:  baik…mahupun, entah…entah, jangankan…pun,
                      sungguhpun…namun, makin…makin


Kata Hubung - Contoh Ayat

1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan

perkataan dengan perkataan
rangkai kata dengan rangkai kata
ayat dengan ayat.
2.  Kata hubung terbahagi kepada tiga,iaitu:
(a)    kata hubung gabungan,
(b)    kata hubung pancangan,
(c)    kata hubung berpasangan.
  
3.  Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:

 Kata Hubung Tunggal

Contoh ayat

agar                Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera.
apabila          Mukanya pucat apabila disoal.
atau                Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.
bahawa         Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.
dan                 Leela dan Siu Lan berjiran.
hingga           Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam.
Jika                Saya berpayung jika hujan.
Jikalau           Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan.
kecuali           Semua murid Nadir kecuali Gopal.
kerana           Aini menangis kerana terlalu sedih.
lalu                 Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.
manakala      Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.
sambil            Zalifah bernyanyi sambil menari.    
serta               Zahid serta abangnya menonton wayang.
semenjak      Saya berkawan dengannya semenjak kecil.
sementara    Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.
sungguhpunSungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari.
supaya          Belajarlah bersungguhsungguh supaya pandai.
walaupun     Walaupun letih, diselesaikannya jugs kerja ItU.
tetapi              Badannya besar tetapi penakut.

 Kata Hubung Berpasangan

Contoh Ayat

Baik – mahupun -  Baik lelaki mahupun perempuan samasama bergotong royong
                                    membersihkan balai raya itu.

Baik- baik                             Baik Daud baik adiknya samasama pintar.
bukan sahaja malah          Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.
entah      entah                     Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak.
Jangan – pun                      Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak ada.
Kian – kian                           Kian lama kian banyak orang yang ke sana.
Sama ada – ataupun         Guru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid
                                                hadir ke Sekolah.
sedangkan...inikan            pula    Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula
Bukit Larut.
semakin...semakin             Encik Husin semakin kaya semakin pemurah.
sungguhpun...tetapi          Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari.
walaupun...namun             Walaupun cacat namun Guan rajin berusaha.


 2. Contoh kata hubung dalam bentuk Akar

Dan
hingga
lalu
ketika
Dengan
yang
tetapi
jika
Kerana
serta
kalau
kemudian
demikian
walhal
walau
agar
atau
demi
supaya

  3. Contoh kata hubung dalam bentuk terbitan.

semasa
sementara
seharusnya
andaikata
semoga
seketika
sebaliknya
sedangkan
setelah
sesungguhnya
walaupun
itupun
sewaktu
seandainya
meskipun
sekali[un
mudah-mudahan
moga-moga
jikalau
bagaimanapun
padahal

contoh ayat

 1. menggabungkan dua ayat
                Azhar dan Malek pergi ke Pulau Pinag.

2. Menggabungkan dua rangkai kata
                Kita boleh pergi ke Mekah dengan kapal terbang atau kapal laut.

3. Menggabungkan ayat-ayat
                Negara itu mengeluarkan hasil galian yang banyak tetapi rakyatnya masih
                        miskin dan menderita.

Ayat Majmuk


Definisi

Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu.

Contoh

1.  Ali sedang membaca buka dan Fatimah sedang membuat latihan matematik.
a)  Ali sedang membaca buku.
b)  Fatimah sedang membuat latihan matematik.

2.  Abu rajin tetapi adiknya malas.
a)  Abu rajin.
b)  Adiknya malas.    

3.Guru sekolah saya tekun dan berdedikasi.
a)  Guru sekolah saya tekun.
b)  Guru sekolah saya berdedikasi

4.  Dia membeli buku yang tebal.
a)  Dia membeli buku.
b)  Buku itu tebal.

5.  Ayah mendapat berita bahawa abang telah tamat latihan.
a)  Ayah mendapat berita.
b)  Abang telah tamat latihan.

Jenis Ayat Majmuk.

Terdapat 3 jenis utama:
1.  Ayat majmuk gabungan.
2.  Ayat majmuk pancangan.
3.  Ayat majmuk campuran.

Ayat majmuk gabungan

Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang menjadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, dan sebagainya.
Contohnya:
1.  Murid-murid berlari dan menyanyi.
2.  Ahmad kurus tetapi adiknya gemuk.
3.  Encik hendak ke sekolah atau hendak ke pejabat?


Ayat-ayat yang disambungkan itu setara sifatnya, iaitu ayat-ayat itu sama taraf dan boleh berdiri sendiri.  Hubungan antara satu ayat dengan yang lain wujud oleh sebab ayat-ayat tersebut disusun berturut-turut.

Ayat-ayat ini boleh juga disambungkan tanpa kata hubung; apabila ini berlaku, nada suara berfungsi sebagai penanda, iaitu disuarakan sebagai deretan pernyataan.

1.  Ali berdiri tegak, memerhatikan gerak-geri mereka.
2.  Penari-penari itu sungguh santun, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan.

Dalam contoh di atas, kelihatan bahawa ayat-ayat yang digabungkan itu, dalam bentuk tulisan, dipisahkan oleh tanda baca koma (,).

Ayat majmuk pancangan .

Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara.

Ini bermakan dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat kecil.

Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubungan seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya.

Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan.

 Ayat Majmuk Campuran.

Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat.
Ayat ini mungkin terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan.

Biasanya, ayat jenis ini panjang.

Panjang pendek bukanlah kriteria ayat majmuk campuran tetapi bilangan subjek dan predikatnya atau bilangan klausanya.

Perhatikan contoh-contoh di bawah.

Klausa utama ditandakan `U' dan bilangannya dinomborkan; ayat kecil ditandakan 'K' dan bilangannya dinomborkan.

27 August 2012

Video Induksi Set

VIDEO UNTUK KEGUNAAN INDUKSI SET

BOLEH JUGA DITONTON DALAM PAGE BBM

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran        : Bahasa Melayu
Tarikh                        : 28 OGOS 2012
Masa                          : 8.40 – 9.40 pagi
Kelas                         : 4 Kreatif
Bilangan murid       : 30 orang
Umur                          : 10 tahun.
Tema                         : Keselamatan Di Jalan Raya
Tajuk                         : Pengguna Jalan Raya Yang Berdisiplin
Hasil pembelajaran            :
Fokus utama
8.4     Membina dan menulis ayat topik dan ayat huraian berdasarkan sesuatu
    perkara.

Aras 1 (i) Berbual tentang sesuatu perkara yang dilihat.

Fokus sampingan.
1.1                   Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan dengan kehidupan seharian
dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai.
Aras 1 (i) Berbual tentang sesuatu perkara yang dilihat.

1.2      Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatatusila.
Aras 3 (i) Bersoal jawab untuk membuat rumusan dan keputusan.

6.3      Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang
           betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 1 (i) Membaca perkataan, frasa dan ayat tunggal dan ayat majmuk
               dengan  sebutan dan intonasi yang betul.



Objektif pembelajaran : Pada akhir pembelajaran diharapkan murid akan dapat
1.      Membina ayat satu majmuk bagi setiap satu  gambar tunggal yang diberikan.
2.      Membaca petikan  dengan sebutan dan intonasi yang betul.
3.      Mengemukakan soalan untuk mendapatkan jawapan.

Sistem bahasa :                       
       I.        Tatabahasa – ayat majmuk, kata hubung
      II.        Sebutan dan intonasi- penggunaan ayat biasa dan ayat aktif.
     III.        Kosa kata – jejantas, lintasan belang, orang hijau, bonggol

Pengisian kurikulum :
      I.        Ilmu – Keselamatan Jalan Raya, Pendidikan Moral
     II.        Nilai- berhati-hati
    III.        Kemahiran bernilai tambah -:
a)     Kemahiran berfikir – menjana idea.
b)    Pembelajaran kontekstual- bias menggunakan jalan raya
c)     Kecerdasan pelbagai- melukis papan tanda jalan raya

Bahan bantu mengajar :
      I.        LCD.
     II.        Komputer riba.
    III.        Slide.
Pengetahuan sedia ada :
      I.        Murid sudah biasa melihat papan tanda di jalan raya.
     II.        Murid biasa menggunakan jalan raya secara sendiri atau bersama keluarga.

Langkah-langkah Pengajaran:
atau anda boleh lihat DI SINI 

Video Induksi Set
Video Lagu Cermat Tiba Selamat (langkah 1)
Petikan Cerita (langkah 2)
Slide power point gambar (langkah 3)
Lembaran Kerja Membina Ayat (langkah 4)






Latihan Pengukuhan


Petikan - Jadilah Pengguna Jalan Raya Yang Berdisiplin


PETIKAN CERITA

Jadilah Pengguna Jalan Raya yang Berdisiplin
Baca petikan di bawah, kemudian kenal pasti peraturan dan undang-undang yang terdapat dalam petikan. Salin peraturan dan undang-undang tersebut ke dalam gambar rajah labah-labah.

Azmi hendak ke pusat beli-belah bersama-sama rakan karibnya, Bakar.  Azmi berjalan menghadap lalu lintas untuk ke hentian bas berdekatan rumahnya.  Azmi menghampiri jalan utama yang terdapat lintasan berisyarat.  Dia berhenti dan menekan butang lampu isyarat pejalan kaki.  Dia mematuhi serta menunggu sehingga isyarat “orang hijau” bernyala.  Apabila isyarat “orang hijau” bernyala, dia menggunakan lima langkah untuk melintas dengan selamat. Kemudian, Azmi berjalan di laluan pejalan kaki untuk ke hentian bas.

Sementara menunggu kedatangan Bakar, Azmi memerhatikan banyak papan tanda dan penanda jalan di sekeliling untuk dipatuhi oleh pengguna jalan raya.  Dia juga nampak seorang pemuda melintas jalan menggunakan lintasan belang.  Ada juga penunggang dan pembonceng motosikal yang mematuhi undang-undang jalan raya dengan memakai topi keledar.

Apabila Bakar sampai, Azmi mengajaknya berjalan melalui laluan pejalan kaki.  Bakar mengingatkan Azmi agar memilih tempat yang selamat untuk berjalan dan tidak berjalan di kawasan berbahaya seperti lebuh raya.  Mereka pulang dari pusat beli belah pada waktu malam.  Mereka tidak bimbang akan keselamatan mereka di jalan raya kerana mereka berpakaian cerah yang mudah dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain.