Setiap orang murid harus datang awal ke sekolah.
Ayat yang betul
Setiap murid harus datang awal ke sekolah.
Ayat 2
Sekalian orang peserta kursus harus menepati masa yang ditetapkan.
Ayat yang betul
Sekalian peserta kursus harus menepati masa yang ditetapkan.
Penjodoh Bilangan
1. Penjodoh bilangan biasanya digunakan dengan kata bilangan.
2. Tetapi ada kalanya penjodoh bilangan tidak perlu digunakan
SALAH:
setiap orang muridsemua orang pekerja
seluruh buah kampung
segala ekor binatang
sekalian orang peserta
para orang guru
BETUL:
setiap muridsemua pekerja
seluruh kampung
segala binatang
sekalian peserta
para guru
3. Penjodoh bilangan tidak juga diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak
SALAH:
beberapa buah usulkedua-dua bentuk sifat
setiap buah sumbangan
semua buah pendapat
segala butir cadangan
tiap-tiap bentuk kenangan
pelbagai bentuk teguran
BETUL:
beberapa usulkedua-dua sifat
setiap sumbangan
semua pendapat
segala cadangan
tiap-tiap kenangan
pelbagai teguran
No comments:
Post a Comment