LAMAN BLOG MEMAPARKAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK BAHASA MELAYU

2 April 2012

CERITA SEORANG PEJUANG KEMERDEKAAN

Seluruh hidupnya
dipenuhi dengan warna-warna perjuangan
menempuh pelbagai pahit getir,
serta rintangan,
bersama senamgat dan kecekalan hati waja,
bagaikan besi,
tidak mudah menyerah kalah,
rela berkorban,
demi agama, bangsa dan negara,
itulah yang ditegakkannya,
            Kini, dia meniti hari-hari tua,
sambil menyingkap kembali sejarah masa silamnya,
tetap bersemadi  segar
di ingatannya, mengumpulkan segala kekuatan,
melaungkan semangat patriotik,
ke dalam jiwa generasi muda hari ini,
Berkobar-kobar semangatnya
menceritakan sejarah perjuangan
yang dilaluinya
menjadi adunan untuk generasi merdeka,
hari ini
katanya perjuangan tidak pernah ada,
titik penghujungnya,
terus menyala-nyala,
umpama api yang panas membakar,
selagi hayat masih ada,
            Orang perjuangan tidak pernah merasa puas,
dalam hidupnya,
masih  lagi jelas terbayang,
di ruang matanya,
betapa peritnya perjuangan,
menuntut kemerdekaan daripada penjajah,
dan betapa manisnya,
ketika negara berjaya,
mencapai kemerdekaan,
Cerita seorang pejuang kemerdekaan,
sentiasa subur,
dari satu generasi,
ke satu generasi yang lain.

No comments:

Post a Comment