PETIKAN CERITA
Baca petikan di
bawah, kemudian kenal pasti peraturan dan undang-undang yang terdapat dalam
petikan. Salin peraturan dan undang-undang tersebut ke dalam gambar rajah
labah-labah.
Azmi hendak ke pusat beli-belah bersama-sama rakan
karibnya, Bakar. Azmi berjalan menghadap
lalu lintas untuk ke hentian bas berdekatan rumahnya. Azmi menghampiri jalan utama yang terdapat
lintasan berisyarat. Dia berhenti dan
menekan butang lampu isyarat pejalan kaki.
Dia mematuhi serta menunggu sehingga isyarat “orang hijau”
bernyala. Apabila isyarat “orang hijau”
bernyala, dia menggunakan lima langkah untuk melintas dengan selamat. Kemudian,
Azmi berjalan di laluan pejalan kaki untuk ke hentian bas.
Sementara menunggu kedatangan Bakar, Azmi memerhatikan
banyak papan tanda dan penanda jalan di sekeliling untuk dipatuhi oleh pengguna
jalan raya. Dia juga nampak seorang
pemuda melintas jalan menggunakan lintasan belang. Ada juga penunggang dan pembonceng motosikal
yang mematuhi undang-undang jalan raya dengan memakai topi keledar.
Apabila Bakar sampai, Azmi mengajaknya berjalan
melalui laluan pejalan kaki. Bakar
mengingatkan Azmi agar memilih tempat yang selamat untuk berjalan dan tidak
berjalan di kawasan berbahaya seperti lebuh raya. Mereka pulang dari pusat beli belah pada
waktu malam. Mereka tidak bimbang akan
keselamatan mereka di jalan raya kerana mereka berpakaian cerah yang mudah dilihat
oleh pengguna jalan raya yang lain.
No comments:
Post a Comment