LAMAN BLOG MEMAPARKAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK BAHASA MELAYU

24 April 2012

KESALAHAN BAHASA SIRI 5

Ayat salah;

Wang itu diberikan ke Rahman.

Ayat betul;

Wang itu diberikan kepada Rahman.

Kata 'ke' digunakan untuk tempat, masa, dan benda konkrit tidak bernyawa. kata 'kepada' pula digunakan untuk benda bernyawa.

Contoh;

1.  Wang itu diberikan ke Rahman.  (SALAH)
     Wang itu diberikan kepada Rahman.   (BETUL)

2.  Ibu pergi kepada pasar setiap hari.  (SALAH)
     Ibu pergi ke pasar setiap hari.  (BETUL)

3.  Latihan itu akan diadakan dari semasa kepada semasa.  (SALAH)
     Latihan itu akan diadakan dari semasa ke semasa.  (BETUL)

23 April 2012

KESALAHAN BAHASA SIRI 4

Kesalahan seterusnya;

Di musim durian, Zainal mendapat banyak wang.

Ayat yang betul;

Pada musim durian, Zainal mendapat banyak wang


Ayat salah;
Buku cerita itu ada dengan Mimi.

Ayat yang betul;
Buku cerita itu ada pada Mimi.

Penjelasan;

Kata 'di' digunakan untuk tempat sahaja. Kata 'pada' digunakan untuk masa, orang, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu.