LAMAN BLOG MEMAPARKAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK BAHASA MELAYU

20 April 2012

TAHUKAH ANDA? MANUSIA GANJIL

LUCKY DIAMOND RICH
Mempunyai tatu lebih banyak dari Leopard Man.

STALKING CAT
Pengubahsuaian tubuh Dennis Avner terdiri dari tatu-tatu, implan silikon, gigi runcing (taring), telinga runcing hasil pembedahan, hasil tindikan misai mampu lekat, kuku, bibir atas bercabang dan ekor harimau.

THE LIZARDMAN
Eric Sprague, lahir pada tahun 1972 merupakan salah seorang yang pertama menghasilkan lidah bercabang. Hampir keseluruhan tubuhnya berwarna hijau dan di seluruh tubuhnya ditanam implan yang membuatkan kulitnya bersisik seperti seekor cicak.

PAULY UNSTOPPABLE
Mempunyai lidah bercabang, lubang hidung terbesar di barat, parut di pipi dan beberapa implan di kepala.

KALA KAIWI
mempunayi 67 piercing (tindikan) dan 75% badannya di tatu dan memiliki studio modifikasi tubuh di Hawaii. lubang hidungnya dibesarkan 4 inci untuk memasukkan anting-anting dan beberapa implan silikon.

ELAINE DAVIDSON
Wanita kelahiran Brazil ini mempunyai beberapa tatu, 2500 piercings (tindikan) dalaman dan luaran, dan 500 di sekitar alat kelamin. Berat keseluruhan tindikannya ialah 3 kg.

ETIENNE DUMONT
Beliau adalah pengkritik seni dan budaya di Geneva. Tanduk di kepalanya adalah implan silikon asli.

THE LEOPARD MAN
Tom Leppard memiliki tatu penuh satu badan.

THE ILLUSTRATED LADY
Julia Gnuse (aka The Illustrated Lady) lahir dengan cacat pada kulit, kerana itu untuk menutupi cacat tersebut ia mentatu dirinya.



19 April 2012

TAHUKAH ANDA?

UDANG PISTOL

Seekor udang yang boleh menghancurkan kaca hanya dengan snap atau detap. Boleh ditemui di batu karang tropikal di seluruh dunia.

Firaun


 Apa Sebabnya Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini?
  
Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat Firaun Pada pertengahan tahun 1975.
Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.
Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.
Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.
Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.
Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.
Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.
Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.
Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.
Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan         kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.
Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: “Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).” Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.
Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.
Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.

17 April 2012

KESALAHAN BAHASA SIRI 3

Kesalahan seterusnya:

Devi datang daripada Batu Kurau.

Ayat yang betul:
Devi datang dari Batu Kurau.

Kesalahan:
Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat dari sutera.

Ayat yang betul:
Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat daripada sutera.

Kesalahan:
Saya mendapat pengetahuan yang banyak daripada buku yang saya baca.

Ayat yang betul:
Saya mendapat pengetahuan yang banyak daripada buku yang saya baca.

Kesalahan:
Rafidah terima surat dari peminatnya.

Ayat yang betul:
Rafidah terima surat daripada peminatnya.

Kata Sendi

1.  Kata sendi yang sering digunakan dengan salah ialah dari dan daripada ; di dan pada ; ke dan kepada
2.  Kata dari digunakan untuk tempat dan waktu. Kata daripada digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, dan untuk menunjukkan keanggotaan. 

SALAH:
1.  Devi datang daripada Batu Kurau.
2.  Saya menunggu Yatie daripada pukul dua.
3.  Rafidah terima surat dari peminatnya.
4.  Saya mendapat pengetahuan yang banyak dari buku yang saya baca.
5.  Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat dari sutera.
6.  Dari 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup.

BETUL:
1.  Devi datang dari Batu Kurau
2.  Saya menunggu Yatie dari pukul dua.
3.  Rafidah menerima surat daripada peminatnya.
4.  Saya mendapat pengetahuan yang banyak daripada buku yang saya baca.
5.  Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat daripada sutera.
6.  Daripada 5 ekor anak ayam , hanya seekor yang hidup.

16 April 2012

KESALAHAN BAHASA SIRI 2

Ayat 1

Setiap orang murid harus datang awal ke sekolah.

Ayat yang betul

Setiap murid harus datang awal ke sekolah.

Ayat 2

Sekalian orang peserta kursus harus menepati masa yang ditetapkan.

Ayat yang betul
Sekalian peserta kursus harus menepati masa yang ditetapkan.

Penjodoh Bilangan

1.  Penjodoh bilangan biasanya digunakan dengan kata bilangan.
2.  Tetapi ada kalanya penjodoh bilangan tidak perlu digunakan

SALAH:
setiap orang murid
semua orang pekerja
seluruh buah kampung
segala ekor binatang
sekalian orang peserta
para orang guru

BETUL:
setiap murid
semua pekerja
seluruh kampung
segala binatang
sekalian peserta
para guru

3.  Penjodoh bilangan tidak juga diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak

SALAH:
beberapa buah usul
kedua-dua bentuk sifat
setiap buah sumbangan
semua buah pendapat
segala butir cadangan
tiap-tiap bentuk kenangan
pelbagai bentuk teguran

BETUL:
beberapa usul
kedua-dua sifat
setiap sumbangan
semua pendapat
segala cadangan
tiap-tiap kenangan
pelbagai teguran

15 April 2012

KESALAHAN TATABAHASA DALAM BAHASA MELAYU

PENJELASAN KESALAHAN BAHASA

Contoh ayat:
Kesalahan pertama
Kedua mempelai bersanding di atas pelamin.

Ayat yang betul
Kedua-dua mempelai bersanding di atas pelamin.

Kesalahan kedua
Setengah orang perlu bekerja keras untuk menyara hidup keluarganya.

Ayat yang betul
Setengah-setengah orang perlu bekerja keras untuk menyara hidup keluarganya.

Penjelasan
Kata bilangan seperti setengah-setengah, tiap-tiap, berbagai-bagai dan kedua-dua tidak boleh disingkatkan.

SALAH
1.  setengah orang
2.  tiap murid
3.  berbagai warna
4.  kedua mempelai

BETUL
1.  setengah-setengah orang
2.  tiap-tiap murid
3.  berbagai-bagai warna
4.  kedua-dua mempelai

Kesalahan ketiga

Para-para penduduk perlu bekerjasama antara satu sama lain.

Ayat yang betul
Para penduduk perlu bekerjasama antara satu sama lain.

Kata para tidak boleh diulang. 
-  Para-para penduduk perlu bekerjasama (Salah)
-  Para penduduk perlu bekerjasama (Betul)

Kesalahan keempat

Dua setengah meter kain berharga RM 10.00.

Ayat yang betul

Dua meter setengah kain berharga RM 10.00

Kesalahan kelima
Harga sekilo ikan kembong yang kecil hanya berharga tiga setengah ringgit.

Ayat yang betul.
Harga sekilo ikan kembong yang kecil hanya berharga tiga ringgit setengah.

Penjelasan:
Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga , dan seterusnya tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan pecahan seperti suku dan setengah untuk perhitungan.

SALAH
-  dua setengah meteh
-  dua suku jam
-  tiga setengah ringgit

BETUL
-  dua meter setengah
-  dua jam suku
-  tiga ringgit setengah

DAN BANYAK LAGI KESALAHAN BAHASA YANG LAIN.

TUNGGU