LAMAN BLOG MEMAPARKAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK BAHASA MELAYU

SOALAN UJI MINDA


Ahmad meminjam duit sebanyak RM50 dengan bapanya, kemudian dia meminjam lagi RM50 dengan emaknya.  Jumlah duit dia sekang ialah RM100.00

Ahmad pun membeli sepasang kasut   joging yang berharga RM97.00 . Maka, baki duit Ahmad sekarang ialah RM3.00. Ahmad pun membayar hutang bapanya sebanyak RM1.00 dan kepada emaknya juga RM1.00.  Dia menyimpan RM1.00 untuk membeli aiskrim..

Sekarang Ahmad masih berhutang RM49.00  dengan bapa dan RM49.00 dengan emaknya.

RM49 + RM49 = RM98.

Persoalannya,  Ahmad membeli aiskrim dengan baki wang RM1.00 nya,

Di manakah  lagi wang RM1.00?
SILA BERI JAWAPAN ANDA PADA CHAT BOX. TERIM KASIH.



1.  banyak-banyak batang, batang apakah yang tidak boleh dipijak?

2. Dilihat tiada, disentuh ada. Apakah ia?

3.  lagi tengok, lagi tinggi. Apakah ia?

4.  Semakin mandi semakin kecil. Apakah ia?

5. Siang ke tepi, malam ke tengah. Apakah ia?

6. Semakin dikerat, semakin tinggi. Apakah ia?

7. Apakah ia tumbuhan, di luar syurga di dalam neraka?

8. Buah dahulu, berbunga kemudia. Apakah pokoknya?

9. Kecil pakai sarung, bila besar ia berbogel. Apakah ia?

10. Apakah daun itu, hidup terlentang, mati tergantung?













jawapan:
1. batang hidung
2. telinga
3. kening
4. garam
5. pelita
6. seluar
7. cili
8.timun
9. buluh
10. daun pisang