Ayat Majmuk.
Definisi
Ayat
majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih,
dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga
menjadikannya ayat baharu.
Contoh
1. Ali sedang membaca buka dan Fatimah sedang membuat latihan matematik.
a) Ali sedang membaca buku.
b) Fatimah sedang membuat latihan matematik.
2. Abu rajin tetapi adiknya malas.
a) Abu rajin.
b) Adiknya malas.
3.Guru
sekolah saya tekun dan berdedikasi.
a) Guru sekolah saya tekun.
b) Guru sekolah saya berdedikasi
4. Dia membeli buku yang tebal.
a) Dia membeli buku.
b) Buku itu tebal.
5. Ayah mendapat berita bahawa abang telah tamat latihan.
a) Ayah mendapat berita.
b) Abang telah tamat latihan.
Jenis Ayat Majmuk.
Terdapat
3 jenis utama:
1. Ayat majmuk gabungan.
2. Ayat majmuk pancangan.
3. Ayat majmuk campuran.
Ayat majmuk gabungan
Ayat
majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang menjadikan
satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata
hubung seperti dan, atau, tetapi, dan sebagainya.
Contohnya:
1. Murid-murid berlari dan menyanyi.
2. Ahmad kurus tetapi adiknya gemuk.
3. Encik hendak ke sekolah atau hendak ke pejabat?
Ayat-ayat
yang disambungkan itu setara sifatnya, iaitu ayat-ayat itu sama taraf dan boleh
berdiri sendiri. Hubungan antara satu
ayat dengan yang lain wujud oleh sebab ayat-ayat tersebut disusun berturut-turut.
Ayat-ayat
ini boleh juga disambungkan tanpa kata hubung; apabila ini berlaku, nada suara
berfungsi sebagai penanda, iaitu disuarakan sebagai deretan pernyataan.
1. Ali berdiri tegak, memerhatikan gerak-geri
mereka.
2. Penari-penari itu sungguh santun, melenggok
ke kiri, melenggok ke kanan.
Dalam
contoh di atas, kelihatan bahawa ayat-ayat yang digabungkan itu, dalam bentuk
tulisan, dipisahkan oleh tanda baca koma (,).
Ayat majmuk pancangan .
Ayat
majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara.
Ini
bermakan dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dan
satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat kecil.
Ayat
kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubungan seperti
yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya.
Dalam
bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu
ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan.
Ayat Majmuk Campuran.
Ayat
majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat.
Ayat
ini mungkin terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk gabungan atau ayat
majmuk pancangan.
Biasanya,
ayat jenis ini panjang.
Panjang
pendek bukanlah kriteria ayat majmuk campuran tetapi bilangan subjek dan
predikatnya atau bilangan klausanya.
Perhatikan
contoh-contoh di bawah.
Klausa
utama ditandakan `U' dan bilangannya dinomborkan; ayat kecil ditandakan 'K' dan
bilangannya dinomborkan.
PENGGUNAAN KATA BANYAK MAKNA - KATA DASAR
1. alamat : a) Tanda
b) Tempat Tinggal
a) Awan mendung alamat akan hujan.
b) Posmen menghantar surat berdasarkan alamat pada sampul surat.
2. Baharu : a) Tidak ada sebelumnya
b) Moden
c) Segar
d) Sekejap, sebentar
a) Bangunan pencakar langit itu baharu dibina.
b) Banyak barang ciptaan baharu di pasaran.
c) Sayur-sayuran itu baharu dipetik dari kebun.
d) Adik baharu balik dari sekolah.
3. Bangkit : a) Jaga daripada tidur
b) Hidup kembali
c) Naik (adunan)
d) Terbit
e) Sedar untuk bergerak
f) Berdiri daripada duduk
a) Adik bangkit pukul 5.00 pagi.
b) Pada hari kiamat semua mayat akan bangkit dari kubur.
c) Kek itu bangkit dengan elok setelah dibakar.
d) Akibat diusik, kemarahan Alif mula bangkit.
e) Akibat terlalu lama hidup dalam kemiskinan, anaknya bangkit untuk membela keluarga.
f) Alice Lee bangkit dari kerusi untuk menjawab pertanyaan gurunya,
UNTUK MEMBACA LEBIH LANJUT SILI KLIK PAUTAN DI BAWAH
PANGGILAN HORMAT
1. Panggilan turun temurun
LELAKI
Tunku = Yang MuliaUngku/Engku = Yang Mulia
Ku/Tengku = Yang Mulia
Raja = Yang Mulia
Syed = Syed
Sheikh = Sheikh
WANITA
Tunku = Yang MuliaUngku = Yang Mulia
Ku = Yang Mulia
Raja = Yang Mulia
Sharifah = Puan/Cik
Siti = Puan Cik
2. Panggilan Diraja
2.1 Yang di-Pertuan Agong dan Raja - Raja
K.D.Y.M.M = Seri Paduka Baginda
Sultan Kedah Darul Aman = Yang di-Pertuan Agong
Sultanah Kedah Darul Aman = Raja Permaisuri Agong
K.D.Y.M.M = Seri Paduka Baginda
LELAKI
D.Y.M.M = Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus
K.D.Y.M.M = Sultan Pahang
K.D.Y.M.M = Al-Sultan Kelantan
D.Y.M.M Baginda = Sultan Johor
D.Y.M.M Paduka Seri = SultanPerak Darul Ridzuan
D.Y.M.M = Sultan Terengganu
D.Y.M.M = Sultan Selangor
WANITA
D.Y.M.M = Tuanku Ampuan Negeri SembilanD.Y.M.M = Sultanah Pahang
D.Y.M.M = Raja Perempuan Kelantan
D.Y.M.M = Sultanah Johor
D.Y.M.M = Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan
D.Y.M.M = Permaisuri Terengganu
3. Panggilan Jawatan
LELAKI
T.Y.T = Yang di-Pertua NegeriY.A.B = Perdana Menteri
Y.A.B = Timbalan Perdana Menteri/MB/KM
Y.B = Menteri/Timbalan Menteri/Setiausaha Parlimen
Y.B = Yang di-Pertua Dewan Negara/ Dewan Rakyat
Y.B = A.D. Negara/ D.R. dan Ahli Dewan Undangan Negeri
WANITA
Y.A.Bhg. = Isteri Yang di-Pertua NegeriY.A.Bhg. = Isteri Perdana Menteri
Y.A.Bhg. = Isteri Timbalan Perdana Menteri/MB/KM
Y.Bhg. = Isteri Menteri/Timbalan Menteri/ Setiausaha Parlimen
Y.Bhg. = Isteri Yang di-Pertua Dewan Negara/ Dewan Rakyat
Y.Bhg. = Isteri A.D Negara/ D.R dan Ahli Dewan Undangan Negeri
PANGGILAN HORMAT KERANA DIKURNIAKAN DARJAH KEBESARAN
Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N)
Lelaki : TunWanita : Tun
Gelaran untuk isteri : Toh Puan
Panggilan Hormat untuk penerima : Y.A. Bhg.
Panggilan untuk Isteri : Y.A.Bhg.
Panggilan untuk suami : Y.A.Bhg.
Seri Setia Mahkota (S.S.M)
Lelaki : TunWanita : Tun
Gelaran untuk isteri : Toh Puan
Panggilan Hormat untuk penerima : Y.A. Bhg.
Panggilan untuk Isteri : Y.A.Bhg.
Panggilan untuk suami : Y.A.Bhg.
Panglima Mangku Negara (P.M.N)
Lelaki :Tan SriWanita : Tan Sri
Gelaran untuk isteri : Puan Sri
Panggilan Hormat untuk penerima : Y. Bhg.
Panggilan untuk Isteri : Y.Bhg.
Panggilan untuk suami : Y.Bhg.
Panglima Setia Mahkota (P.S.M)
Lelaki : Tan SriWanita : Tan Sri
Gelaran untuk isteri : Puan Sri
Panggilan Hormat untuk penerima : Y.Bhg.
Panggilan untuk Isteri : Y.Bhg.
Panggilan untuk suami : Y.Bhg.
Panglima Jasa Negara (P.J.N)
Lelaki :DatukWanita :Datuk
Gelaran untuk isteri : Datin
Panggilan Hormat untuk penerima : Y.Bhg.
Panggilan untuk Isteri : Y.Bhg.
Panggilan untuk suami : Y.Bhg.
Panglima Setia Diraja (P.S.D)
Lelaki :DatukWanita :Datuk
Gelaran untuk isteri : Datin
Panggilan Hormat untuk penerima : Y.Bhg.
Panggilan untuk Isteri : Y.Bhg.
Panggilan untuk suami : Y.Bhg.
PANGGILAN KEAGAMAAN
Panggilan Hormat :
Tuan (Lelaki - Haji) (Wanita - Hajjah)
Sahibus Samahah (Lelaki - Mufti)
Sahibul Fadilah (Lelaki - kadi Besar / Kadi)
Al- Fadil (Lelaki - Tuan Guru / Ustaz)