27 August 2012
Petikan - Jadilah Pengguna Jalan Raya Yang Berdisiplin
PETIKAN CERITA
Baca petikan di
bawah, kemudian kenal pasti peraturan dan undang-undang yang terdapat dalam
petikan. Salin peraturan dan undang-undang tersebut ke dalam gambar rajah
labah-labah.
Azmi hendak ke pusat beli-belah bersama-sama rakan
karibnya, Bakar. Azmi berjalan menghadap
lalu lintas untuk ke hentian bas berdekatan rumahnya. Azmi menghampiri jalan utama yang terdapat
lintasan berisyarat. Dia berhenti dan
menekan butang lampu isyarat pejalan kaki.
Dia mematuhi serta menunggu sehingga isyarat “orang hijau”
bernyala. Apabila isyarat “orang hijau”
bernyala, dia menggunakan lima langkah untuk melintas dengan selamat. Kemudian,
Azmi berjalan di laluan pejalan kaki untuk ke hentian bas.
Sementara menunggu kedatangan Bakar, Azmi memerhatikan
banyak papan tanda dan penanda jalan di sekeliling untuk dipatuhi oleh pengguna
jalan raya. Dia juga nampak seorang
pemuda melintas jalan menggunakan lintasan belang. Ada juga penunggang dan pembonceng motosikal
yang mematuhi undang-undang jalan raya dengan memakai topi keledar.
Apabila Bakar sampai, Azmi mengajaknya berjalan
melalui laluan pejalan kaki. Bakar
mengingatkan Azmi agar memilih tempat yang selamat untuk berjalan dan tidak
berjalan di kawasan berbahaya seperti lebuh raya. Mereka pulang dari pusat beli belah pada
waktu malam. Mereka tidak bimbang akan
keselamatan mereka di jalan raya kerana mereka berpakaian cerah yang mudah dilihat
oleh pengguna jalan raya yang lain.
26 August 2012
LIRIK LAGU CERMAT TIBA SELAMAT
Mari Menyanyi
Lagu Cermat tiba selamat
Bila lintas jalan
Jangan main-main
Lihat kiri kanan
Toleh ke belakang
Lima langkah melintas
Perlu dipatuhi
Jika tiada kereta
Barulah melintas
Bila jalan kaki
Ikutlah laluan
Lintasan belang
Ada di hadapan
Bonceng motorsikal
Pakai topi
keledar
Ikat ketat-ketat
Pastikan selamat
Jalan raya kita
Tempat berbahaya
Ikut peraturan
Pasti kita selamat
Berhati-hati
Bila di jalan raya
Jaga keselamatan
Tanggungjawab
bersama
Neil Armstrong Meninggal Dunia
Neil Armstrong meninggal membawa banyak
'rahsia' yang tidak dijawab.
Neil Armstrong iaitu orang yang pertama
yang berjaya menjejakkan kaki di bulan, meninggal dunia hari ini membawa
'rahsia' terbesar dunia.
Bagi mereka yang mengikuti perkembangan sains angkasa, nama Neil Armstrong
semestinya merupakan salah satu nama yang tidak asing bagi anda, iaitu menjadi
manusia pertama yang menjejakkan kaki ke bulan pada 21 Julai 1969. Hari ini,
beliau meninggal dunia pada usia 82 tahun.
Bagi kebanyakan orang, Armstrong seorang hero Amerika Syarikat (AS) yang
melakukan misi mustahil. Beliau memenuhi visi mendiang Presiden John F. Kennedy
yang meletakkan seorang lelaki di bulan di sebelum akhir dekad.
Selepas kembali daripada misi jelajah bulan, Neil Armstrong menghabiskan masa
beliau sebagai professor kejuruteraan di University of Cincinnati, dan
meninggalkan NASA setahun selepas misi Apollo 11. Namun beliau membantu dalam
pelbagai misi NASA, termasuk Apollo 13 dan juga Space Shuttle Challenger pada
tahun 1986.
Armstrong merupakan manusia yang pertama berjalan di bulan melaui paparan di
televisyen dan disaksikan oleh 500 juta manusia empat dekad lalu. Ia satu pengalaman
yang tidak dapat dilupakan dan mencetuskan harapan untuk manusia menjelajah ke
ruang angkasa lepas selepas itu.
Apa yang Armstrong alami hari itu menjadi kontroversi apabila siaran radio
senyap selama dua minit serta mengejutkan penonton dan menimbulkan banyak teori
apa sebenarnya berlaku.
Menurut maklumat gambar dokumen-dokumen kerajaan yang bocor, Armstrong bukan
hanya melihat ketandusan permukaan di bulan ketika itu, tetapi sesuatu yang
lebih penting.
Merujuk dakwaan pihak dalaman agensi angkasa
lepas, Nasa dan radio HAM dikatakan memintas penghantaran, apa yang Armstrong
saksikan itu mengubah hidupnya, dan membawa kepada pengabaian misi lunar yang
dikendalikannya.
Menurut
dokumen yang bocor, dua kapal angkasa besar menonton pendaratan Apollo 11 dan melihat
Armstrong dan Buzz Aldrin berjalan di bulan.
Semasa Apollo 11 melakukan pendaratan, selama dua minit radio menjadi senyap.
Menurut Nasa, masalah ini timbul dari salah satu daripada dua kamera televisyen yang terlalu panas, sekali gus mengganggu penerimaan isyarat.

Sebenarnya apa yang berlaku, menurut
pelbagai sumber, Armstrong dan Aldrin dilihat oleh satu objek lain semasa
proses mendarat di bulan.
Menurut Timothy Baik, pengarang Above Top Secret (1998) operator radio HAM menerima isyarat VHF yang dihantar dari Apollo 11 ke ibu pejabat Houston Nasa, memintas mesej yang disaring oleh Nasa daripada orang ramai berikutan tempoh dua minit radio hilang siarannya.
Kemudian pada 1979, Maurice Chatelain, bekas jurutera komunikasi Nasa berkata, detik Armstrong melihat dua UFO di kawah lunar telah disembunyikan daripada pengetahuan media dan umum oleh Nasa.

"Pertemuan ini adalah pengetahuan umum
dalam Nasa, tetapi tiada siapa yang telah bercakap mengenainya sehingga
kini," kata Chatelain.
Kehilangan dua minit disebabkan radio menjadi senyap semasa Apollo 11 mendarat, satu cubaan oleh Nasa dibuat untuk menutup keadaan sebenar yang dilihat oleh Armstrong di bulan? Adakah UFO yang dilihat?
Menurut Aldrin dalam beberapa wawancara akhbar, Appollo 11 sememangnya merakam UFO semasa dalam perjalanan ke bulan. Aldrin menerangkan bagaimana angkasawan Apollo 11 mengelak menyebut perkataan UFO dan sebaliknya meminta Houston tentang lokasi pelancaran roket Saturn V.
Kebenaran Aldrin masuk menyebabkan gangguan dua minit siaran radio bukan disebabkan UFO dan Armstrong membuat laporan tentang ini. Pandangan Aldrin juga menyokong Chatelain bahawa terdapat lebih daripada satu kenderaan ruang angkasa menonton pendaratan Apollo 11 di bulan.
Adakah terdapat mana-mana sumber lain yang menyokong tuntutan kontorversi bahawa Armstong telah menyaksikan dua kenderaan di ruang angkasa ke atas lunar yang menonton pendaratan Apollo
13 May 2012
KESALAHAN BAHASA SIRI 7
Kesalahan ayat:
Rafidah mengambilkan segelas air untuk Hasnah.
Ayat yang betul:
Rafidah mengambilkan Hasnah segelas air.
Kesalahan ayat:
Baginda mengurniakan beliau bintang kebesaran.
Ayat yang betul:
Baginda mengurniai beliau bintang kebesaran.
Keterangan:
kata kerja transitif yang berapitkan men......kan dan men......i berbagai-bagai maknanya dan mesti digunakan dengan berhati-hati.
CONTOH:
SALAH
Aida memberikan Mimi sekuntum bunga.
BETUL
Aida memberi Mimi sekuntum bunga.

Hakim menjatuhkan pencuri itu sebulan penjara.
BETUL
Hakim menjatuhi pencuri itu sebulan penjara .
SALAH
Sampah sarap mengotorkan Taman Tasik Taiping.
BETUL
Sampah sarap mengotori Taman Tasik Taiping.
SALAH
Siti menasihatkan saya agar rajin belajar.
BETUL
Siti menasihati saya agar rajin belajar.

KESALAHAN BAHASA SIRI 6
Kesalahan Ayat:
Emak sedang goreng ikan di dapur.
Ayat yang betul:
Emak sedang menggoreng ikan di dapur.
Keterangan:
Semua kata kerja transitif (kecuali makan, minum, minta dan mohon) mesti berawalan men:-
a. buang ssampah (salah)
membuang sampah (betul)
b. goreng ikan (salah)
menggoreng ikan (betul)

29 April 2012
24 April 2012
KESALAHAN BAHASA SIRI 5
Ayat salah;
Wang itu diberikan ke Rahman.
Ayat betul;
Wang itu diberikan kepada Rahman.
Kata 'ke' digunakan untuk tempat, masa, dan benda konkrit tidak bernyawa. kata 'kepada' pula digunakan untuk benda bernyawa.
Contoh;
1. Wang itu diberikan ke Rahman. (SALAH)
Wang itu diberikan kepada Rahman. (BETUL)
2. Ibu pergi kepada pasar setiap hari. (SALAH)
Ibu pergi ke pasar setiap hari. (BETUL)
3. Latihan itu akan diadakan dari semasa kepada semasa. (SALAH)
Latihan itu akan diadakan dari semasa ke semasa. (BETUL)
23 April 2012
KESALAHAN BAHASA SIRI 4
Kesalahan seterusnya;
Di musim durian, Zainal mendapat banyak wang.
Ayat yang betul;
Pada musim durian, Zainal mendapat banyak wang
Ayat salah;
Buku cerita itu ada dengan Mimi.
Ayat yang betul;
Buku cerita itu ada pada Mimi.
Penjelasan;
Kata 'di' digunakan untuk tempat sahaja. Kata 'pada' digunakan untuk masa, orang, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu.

Subscribe to:
Posts (Atom)