LAMAN BLOG MEMAPARKAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK BAHASA MELAYU

27 August 2012

Video Induksi Set

VIDEO UNTUK KEGUNAAN INDUKSI SET

BOLEH JUGA DITONTON DALAM PAGE BBM

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran        : Bahasa Melayu
Tarikh                        : 28 OGOS 2012
Masa                          : 8.40 – 9.40 pagi
Kelas                         : 4 Kreatif
Bilangan murid       : 30 orang
Umur                          : 10 tahun.
Tema                         : Keselamatan Di Jalan Raya
Tajuk                         : Pengguna Jalan Raya Yang Berdisiplin
Hasil pembelajaran            :
Fokus utama
8.4     Membina dan menulis ayat topik dan ayat huraian berdasarkan sesuatu
    perkara.

Aras 1 (i) Berbual tentang sesuatu perkara yang dilihat.

Fokus sampingan.
1.1                   Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan dengan kehidupan seharian
dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai.
Aras 1 (i) Berbual tentang sesuatu perkara yang dilihat.

1.2      Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatatusila.
Aras 3 (i) Bersoal jawab untuk membuat rumusan dan keputusan.

6.3      Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang
           betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 1 (i) Membaca perkataan, frasa dan ayat tunggal dan ayat majmuk
               dengan  sebutan dan intonasi yang betul.



Objektif pembelajaran : Pada akhir pembelajaran diharapkan murid akan dapat
1.      Membina ayat satu majmuk bagi setiap satu  gambar tunggal yang diberikan.
2.      Membaca petikan  dengan sebutan dan intonasi yang betul.
3.      Mengemukakan soalan untuk mendapatkan jawapan.

Sistem bahasa :                       
       I.        Tatabahasa – ayat majmuk, kata hubung
      II.        Sebutan dan intonasi- penggunaan ayat biasa dan ayat aktif.
     III.        Kosa kata – jejantas, lintasan belang, orang hijau, bonggol

Pengisian kurikulum :
      I.        Ilmu – Keselamatan Jalan Raya, Pendidikan Moral
     II.        Nilai- berhati-hati
    III.        Kemahiran bernilai tambah -:
a)     Kemahiran berfikir – menjana idea.
b)    Pembelajaran kontekstual- bias menggunakan jalan raya
c)     Kecerdasan pelbagai- melukis papan tanda jalan raya

Bahan bantu mengajar :
      I.        LCD.
     II.        Komputer riba.
    III.        Slide.
Pengetahuan sedia ada :
      I.        Murid sudah biasa melihat papan tanda di jalan raya.
     II.        Murid biasa menggunakan jalan raya secara sendiri atau bersama keluarga.

Langkah-langkah Pengajaran:
atau anda boleh lihat DI SINI 

Video Induksi Set
Video Lagu Cermat Tiba Selamat (langkah 1)
Petikan Cerita (langkah 2)
Slide power point gambar (langkah 3)
Lembaran Kerja Membina Ayat (langkah 4)






Latihan Pengukuhan


Petikan - Jadilah Pengguna Jalan Raya Yang Berdisiplin


PETIKAN CERITA

Jadilah Pengguna Jalan Raya yang Berdisiplin
Baca petikan di bawah, kemudian kenal pasti peraturan dan undang-undang yang terdapat dalam petikan. Salin peraturan dan undang-undang tersebut ke dalam gambar rajah labah-labah.

Azmi hendak ke pusat beli-belah bersama-sama rakan karibnya, Bakar.  Azmi berjalan menghadap lalu lintas untuk ke hentian bas berdekatan rumahnya.  Azmi menghampiri jalan utama yang terdapat lintasan berisyarat.  Dia berhenti dan menekan butang lampu isyarat pejalan kaki.  Dia mematuhi serta menunggu sehingga isyarat “orang hijau” bernyala.  Apabila isyarat “orang hijau” bernyala, dia menggunakan lima langkah untuk melintas dengan selamat. Kemudian, Azmi berjalan di laluan pejalan kaki untuk ke hentian bas.

Sementara menunggu kedatangan Bakar, Azmi memerhatikan banyak papan tanda dan penanda jalan di sekeliling untuk dipatuhi oleh pengguna jalan raya.  Dia juga nampak seorang pemuda melintas jalan menggunakan lintasan belang.  Ada juga penunggang dan pembonceng motosikal yang mematuhi undang-undang jalan raya dengan memakai topi keledar.

Apabila Bakar sampai, Azmi mengajaknya berjalan melalui laluan pejalan kaki.  Bakar mengingatkan Azmi agar memilih tempat yang selamat untuk berjalan dan tidak berjalan di kawasan berbahaya seperti lebuh raya.  Mereka pulang dari pusat beli belah pada waktu malam.  Mereka tidak bimbang akan keselamatan mereka di jalan raya kerana mereka berpakaian cerah yang mudah dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain.

26 August 2012

VIDEO LAGU CERMAT TIBA SELAMAT

MARI MENYANYI BERSAMA-SAMA
Lagu Ada Vokal


Lagu Tanpa Vokal



LIRIK LAGU CERMAT TIBA SELAMAT


Mari Menyanyi

Lagu Cermat tiba selamat

Bila lintas jalan
Jangan main-main
Lihat kiri kanan
Toleh ke belakang

Lima langkah melintas
Perlu dipatuhi
Jika tiada kereta
Barulah melintas

Bila jalan kaki 
Ikutlah laluan
Lintasan belang 
Ada di hadapan

Bonceng motorsikal 
Pakai topi keledar
Ikat ketat-ketat 
Pastikan selamat

Jalan raya kita 
Tempat berbahaya
Ikut peraturan 
Pasti kita selamat

Berhati-hati 
Bila di jalan raya
Jaga keselamatan 
Tanggungjawab bersama

Neil Armstrong Meninggal Dunia



Neil Armstrong meninggal membawa banyak 'rahsia' yang tidak dijawab.


Neil Armstrong iaitu orang yang pertama yang berjaya menjejakkan kaki di bulan, meninggal dunia hari ini membawa 'rahsia' terbesar dunia.


Bagi mereka yang mengikuti perkembangan sains angkasa, nama Neil Armstrong semestinya merupakan salah satu nama yang tidak asing bagi anda, iaitu menjadi manusia pertama yang menjejakkan kaki ke bulan pada 21 Julai 1969. Hari ini, beliau meninggal dunia pada usia 82 tahun.

Bagi kebanyakan orang, Armstrong seorang hero Amerika Syarikat (AS) yang melakukan misi mustahil. Beliau memenuhi visi mendiang Presiden John F. Kennedy yang meletakkan seorang lelaki di bulan di sebelum akhir dekad.

Selepas kembali daripada misi jelajah bulan, Neil Armstrong menghabiskan masa beliau sebagai professor kejuruteraan di University of Cincinnati, dan meninggalkan NASA setahun selepas misi Apollo 11. Namun beliau membantu dalam pelbagai misi NASA, termasuk Apollo 13 dan juga Space Shuttle Challenger pada tahun 1986. 

Armstrong merupakan manusia yang pertama berjalan di bulan melaui paparan di televisyen dan disaksikan oleh 500 juta manusia empat dekad lalu. Ia satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan mencetuskan harapan untuk manusia menjelajah ke ruang angkasa lepas selepas itu.

Apa yang Armstrong alami hari itu menjadi kontroversi apabila siaran radio senyap selama dua minit serta mengejutkan penonton dan menimbulkan banyak teori apa sebenarnya berlaku.

Menurut maklumat gambar dokumen-dokumen kerajaan yang bocor, Armstrong bukan hanya melihat ketandusan permukaan di bulan ketika itu, tetapi sesuatu yang lebih penting.



Merujuk dakwaan pihak dalaman agensi angkasa lepas, Nasa dan radio HAM dikatakan memintas penghantaran, apa yang Armstrong saksikan itu mengubah hidupnya, dan membawa kepada pengabaian misi lunar yang dikendalikannya.

Menurut dokumen yang bocor, dua kapal angkasa besar menonton pendaratan Apollo 11 dan melihat Armstrong dan Buzz Aldrin berjalan di bulan.

Semasa Apollo 11 melakukan pendaratan, selama dua minit radio menjadi senyap.

Menurut Nasa, masalah ini timbul dari salah satu daripada dua kamera televisyen yang terlalu panas, sekali gus mengganggu penerimaan isyarat.


Sebenarnya apa yang berlaku, menurut pelbagai sumber, Armstrong dan Aldrin dilihat oleh satu objek lain semasa proses mendarat di bulan.

Menurut Timothy Baik, pengarang Above Top Secret (1998) operator radio HAM menerima isyarat VHF yang dihantar dari Apollo 11 ke ibu pejabat Houston Nasa, memintas mesej yang disaring oleh Nasa daripada orang ramai berikutan tempoh dua minit radio hilang siarannya.

Kemudian pada 1979, Maurice Chatelain, bekas jurutera komunikasi Nasa berkata, detik Armstrong melihat dua UFO di kawah lunar telah disembunyikan daripada pengetahuan media dan umum oleh Nasa.

"Pertemuan ini adalah pengetahuan umum dalam Nasa, tetapi tiada siapa yang telah bercakap mengenainya sehingga kini," kata Chatelain. 

Kehilangan dua minit disebabkan radio menjadi senyap semasa Apollo 11 mendarat, satu cubaan oleh Nasa dibuat untuk menutup keadaan sebenar yang dilihat oleh Armstrong di bulan? Adakah UFO yang dilihat?

Menurut Aldrin dalam beberapa wawancara akhbar, Appollo 11 sememangnya merakam UFO semasa dalam perjalanan ke bulan. Aldrin menerangkan bagaimana angkasawan Apollo 11 mengelak menyebut perkataan UFO dan sebaliknya meminta Houston tentang lokasi pelancaran roket Saturn V.

Kebenaran Aldrin masuk menyebabkan gangguan dua minit siaran radio bukan disebabkan UFO dan Armstrong membuat laporan tentang ini. Pandangan Aldrin juga menyokong Chatelain bahawa terdapat lebih daripada satu kenderaan ruang angkasa menonton pendaratan Apollo 11 di bulan.

Adakah terdapat mana-mana sumber lain yang menyokong tuntutan kontorversi bahawa Armstong telah menyaksikan dua kenderaan di ruang angkasa ke atas lunar yang menonton pendaratan Apollo 

13 May 2012

KESALAHAN BAHASA SIRI 7

Kesalahan ayat:

Rafidah mengambilkan segelas air untuk Hasnah.

Ayat yang betul:

Rafidah mengambilkan Hasnah segelas air.

Kesalahan ayat:

Baginda mengurniakan beliau bintang kebesaran.

Ayat yang betul:

Baginda mengurniai beliau bintang kebesaran.

Keterangan:

kata kerja transitif yang berapitkan men......kan  dan men......i  berbagai-bagai maknanya dan mesti digunakan dengan berhati-hati.

CONTOH:

SALAH
Aida memberikan Mimi sekuntum bunga.
BETUL
Aida memberi Mimi sekuntum bunga.

SALAH
Rafidah mengambilkan segelas air untuk Hasnah.
BETUL
Rafidah mengambilkan Hasnah segelas air.

SALAH
Baginda mengurniakan beliau bintang kebesaran.
BETUL
Baginda mengurniai beliau bintang kebesaran.

SALAH
Hakim menjatuhkan pencuri itu sebulan penjara.
BETUL
Hakim menjatuhi pencuri itu sebulan penjara .

SALAH
Sampah sarap mengotorkan Taman Tasik Taiping.
BETUL
Sampah sarap mengotori Taman Tasik Taiping.

SALAH
Siti menasihatkan saya agar rajin belajar.
BETUL
Siti menasihati saya agar rajin belajar.


KESALAHAN BAHASA SIRI 6

Kesalahan Ayat:

Emak sedang goreng ikan di dapur.

Ayat yang betul:

Emak sedang menggoreng ikan di dapur.

Keterangan:
Semua kata kerja transitif (kecuali makan, minum, minta dan mohon) mesti berawalan men:-

a.  buang ssampah   (salah)
     membuang sampah  (betul)

b.  goreng ikan  (salah)
     menggoreng ikan  (betul)