7 September 2012
4 September 2012
28 August 2012
Kata Hubung
Tatabahasa : Kata Hubung
1. Kata hubung ialah kata yang menghubungkan dua
atau lebih kata, frasa, klausa,
atau ayat.
2. Kata hubung terbahagi kepada tiga jenis,
iaitu:
a. kata hubng gabungan
b. kata hubung pancangan
c. kata hubung berpasangan
3. Kata hubung gabungan ialah kata hubung yang
digunakan untuk membentuk ayat
majmuk gabungan.
Contohnya: atau, dan,
kecuali, lalu, maka, serta
4. Kata hubung pancangan ialah kata yang
digunakan untuk memancangkan satu
klausa dengan klausa yang lain untuk
membantuk ayat pancangan.
Contohnya: agar,
supaya, bahawa, hingga, jika, kalau, kerana, manakala,
sebelum
5. Kata hubung berpasangan pula ialah kata yang
hadir berpasangan dalam bentuk
ayat majmuk.
Contohnya: baik…mahupun, entah…entah, jangankan…pun,
sungguhpun…namun, makin…makin
Kata Hubung - Contoh Ayat
1. Kata
hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan
perkataan
dengan perkataan
rangkai
kata dengan rangkai kata
ayat
dengan ayat.
2. Kata hubung terbahagi kepada tiga,iaitu:
(a) kata hubung gabungan,
(b) kata hubung pancangan,
(c) kata hubung berpasangan.
3. Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung
berpasangan serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Kata
Hubung Tunggal
Contoh
ayat
agar Saya berharap agar kamu dapat
menghubungi dia segera.
apabila Mukanya
pucat apabila disoal.
atau Awak
boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.
bahawa Kami
yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.
dan Leela
dan Siu Lan berjiran.
hingga Ayah
dan kawannya berbual hingga larut malam.
Jika Saya
berpayung jika hujan.
Jikalau Jikalau
saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan.
kecuali Semua
murid Nadir kecuali Gopal.
kerana Aini
menangis kerana terlalu sedih.
lalu Burung
itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.
manakala Baju
Karim bersih manakala baju adiknya kotor.
sambil
Zalifah
bernyanyi sambil menari.
serta Zahid serta abangnya menonton
wayang.
semenjak Saya
berkawan dengannya semenjak kecil.
sementara Berusahalah
sekuat mungkin sementara badan masih sihat.
sungguhpunSungguhpun buta, orang Itu
mampu berdikari.
supaya Belajarlah
bersungguh‑sungguh supaya pandai.
walaupun Walaupun
letih, diselesaikannya jugs kerja ItU.
tetapi Badannya besar tetapi
penakut.
Kata
Hubung Berpasangan
Contoh
Ayat
Baik – mahupun - Baik
lelaki mahupun perempuan sama‑sama bergotong‑
royong
membersihkan
balai raya itu.
Baik- baik Baik
Daud baik adiknya sama‑sama pintar.
bukan sahaja malah Fuad
bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.
entah
entah Jangan lekas percaya akan
janjinya, entah betul entah tidak.
Jangan – pun Jangankan sepuluh ringgit,
seringgit pun dia tak ada.
Kian – kian Kian
lama kian banyak orang yang ke sana.
Sama ada – ataupun Guru Besar meminta sama ada bapa
ataupun ibu murid
hadir
ke Sekolah.
sedangkan...inikan pula Sedangkan Gunung
Kinabalu terdaki olehnya inikan pula
Bukit Larut.
semakin...semakin Encik Husin semakin kaya semakin
pemurah.
sungguhpun...tetapi Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia
kuat berlari.
walaupun...namun Walaupun cacat namun Guan rajin
berusaha.
2.
Contoh kata hubung dalam bentuk Akar
Dan
hingga
lalu
ketika
Dengan
yang
tetapi
jika
Kerana
serta
kalau
kemudian
demikian
walhal
walau
agar
atau
demi
supaya
3. Contoh kata hubung dalam bentuk
terbitan.
semasa
sementara
seharusnya
andaikata
semoga
seketika
sebaliknya
sedangkan
setelah
sesungguhnya
walaupun
itupun
sewaktu
seandainya
meskipun
sekali[un
mudah-mudahan
moga-moga
jikalau
bagaimanapun
padahal
contoh ayat
1. menggabungkan dua ayat
Azhar dan Malek pergi ke Pulau
Pinag.
2.
Menggabungkan dua rangkai kata
Kita boleh pergi ke Mekah
dengan kapal terbang atau kapal laut.
3.
Menggabungkan ayat-ayat
Negara itu mengeluarkan hasil
galian yang banyak tetapi rakyatnya masih
miskin dan menderita.
Ayat Majmuk
Definisi
Ayat
majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih,
dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga
menjadikannya ayat baharu.
Contoh
1. Ali sedang membaca buka dan Fatimah sedang membuat latihan matematik.
a) Ali sedang membaca buku.
b) Fatimah sedang membuat latihan matematik.
2. Abu rajin tetapi adiknya malas.
a) Abu rajin.
b) Adiknya malas.
3.Guru
sekolah saya tekun dan berdedikasi.
a) Guru sekolah saya tekun.
b) Guru sekolah saya berdedikasi
4. Dia membeli buku yang tebal.
a) Dia membeli buku.
b) Buku itu tebal.
5. Ayah mendapat berita bahawa abang telah tamat latihan.
a) Ayah mendapat berita.
b) Abang telah tamat latihan.
Jenis Ayat Majmuk.
Terdapat
3 jenis utama:
1. Ayat majmuk gabungan.
2. Ayat majmuk pancangan.
3. Ayat majmuk campuran.
Ayat majmuk gabungan
Ayat
majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang menjadikan
satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata
hubung seperti dan, atau, tetapi, dan sebagainya.
Contohnya:
1. Murid-murid berlari dan menyanyi.
2. Ahmad kurus tetapi adiknya gemuk.
3. Encik hendak ke sekolah atau hendak ke pejabat?
Ayat-ayat
yang disambungkan itu setara sifatnya, iaitu ayat-ayat itu sama taraf dan boleh
berdiri sendiri. Hubungan antara satu
ayat dengan yang lain wujud oleh sebab ayat-ayat tersebut disusun berturut-turut.
Ayat-ayat
ini boleh juga disambungkan tanpa kata hubung; apabila ini berlaku, nada suara
berfungsi sebagai penanda, iaitu disuarakan sebagai deretan pernyataan.
1. Ali berdiri tegak, memerhatikan gerak-geri
mereka.
2. Penari-penari itu sungguh santun, melenggok
ke kiri, melenggok ke kanan.
Dalam
contoh di atas, kelihatan bahawa ayat-ayat yang digabungkan itu, dalam bentuk
tulisan, dipisahkan oleh tanda baca koma (,).
Ayat majmuk pancangan .
Ayat
majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara.
Ini
bermakan dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dan
satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat kecil.
Ayat
kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubungan seperti
yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya.
Dalam
bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu
ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan.
Ayat Majmuk Campuran.
Ayat
majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat.
Ayat
ini mungkin terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk gabungan atau ayat
majmuk pancangan.
Biasanya,
ayat jenis ini panjang.
Panjang
pendek bukanlah kriteria ayat majmuk campuran tetapi bilangan subjek dan
predikatnya atau bilangan klausanya.
Perhatikan
contoh-contoh di bawah.
Klausa
utama ditandakan `U' dan bilangannya dinomborkan; ayat kecil ditandakan 'K' dan
bilangannya dinomborkan.
27 August 2012
Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran : Bahasa
Melayu
Tarikh
: 28 OGOS 2012
Masa
: 8.40 – 9.40 pagi
Kelas
: 4 Kreatif
Bilangan murid
: 30 orang
Umur
: 10 tahun.
Tema
: Keselamatan Di Jalan Raya
Tajuk
: Pengguna Jalan Raya Yang
Berdisiplin
Hasil pembelajaran :
Fokus
utama
8.4 Membina
dan menulis ayat topik dan ayat huraian berdasarkan sesuatu
perkara.
Aras
1 (i) Berbual tentang sesuatu perkara yang dilihat.
Fokus sampingan.
1.1
Berbual tentang sesuatu
perkara berkaitan dengan kehidupan seharian
dengan
menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai.
Aras
1 (i) Berbual tentang sesuatu perkara yang dilihat.
1.2
Bertanya dan menjawab tentang
sesuatu perkara secara bertatatusila.
Aras
3 (i) Bersoal jawab untuk membuat rumusan dan keputusan.
6.3
Membaca kuat perkataan dan
ayat dengan sebutan dan intonasi yang
betul dan memahami perkara yang
dibaca.
Aras
1 (i) Membaca perkataan, frasa dan ayat tunggal dan ayat majmuk
dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Objektif pembelajaran
: Pada akhir pembelajaran diharapkan murid
akan dapat
1. Membina ayat satu majmuk bagi setiap satu gambar tunggal yang diberikan.
2. Membaca petikan dengan
sebutan dan intonasi yang betul.
3. Mengemukakan soalan untuk
mendapatkan jawapan.
Sistem bahasa :
I. Tatabahasa
– ayat majmuk, kata hubung
II. Sebutan
dan intonasi- penggunaan ayat biasa dan ayat aktif.
III. Kosa
kata – jejantas, lintasan belang, orang hijau, bonggol
Pengisian kurikulum :
I. Ilmu
– Keselamatan Jalan Raya, Pendidikan Moral
II. Nilai-
berhati-hati
III. Kemahiran
bernilai tambah -:
a) Kemahiran berfikir –
menjana idea.
b) Pembelajaran kontekstual- bias menggunakan
jalan raya
c) Kecerdasan pelbagai-
melukis papan tanda jalan raya
Bahan bantu mengajar :
I. LCD.
II. Komputer
riba.
III. Slide.
Pengetahuan sedia ada :
I. Murid
sudah biasa melihat papan tanda di jalan raya.
II. Murid
biasa menggunakan jalan raya secara sendiri atau bersama keluarga.
Langkah-langkah Pengajaran:
atau anda boleh lihat DI SINI
Video Induksi Set
Video Lagu Cermat Tiba Selamat (langkah 1)
Petikan Cerita (langkah 2)
Slide power point gambar (langkah 3)
Lembaran Kerja Membina Ayat (langkah 4)
atau anda boleh lihat DI SINI
Video Induksi Set
Video Lagu Cermat Tiba Selamat (langkah 1)
Petikan Cerita (langkah 2)
Slide power point gambar (langkah 3)
Lembaran Kerja Membina Ayat (langkah 4)
Petikan - Jadilah Pengguna Jalan Raya Yang Berdisiplin
PETIKAN CERITA
Baca petikan di
bawah, kemudian kenal pasti peraturan dan undang-undang yang terdapat dalam
petikan. Salin peraturan dan undang-undang tersebut ke dalam gambar rajah
labah-labah.
Azmi hendak ke pusat beli-belah bersama-sama rakan
karibnya, Bakar. Azmi berjalan menghadap
lalu lintas untuk ke hentian bas berdekatan rumahnya. Azmi menghampiri jalan utama yang terdapat
lintasan berisyarat. Dia berhenti dan
menekan butang lampu isyarat pejalan kaki.
Dia mematuhi serta menunggu sehingga isyarat “orang hijau”
bernyala. Apabila isyarat “orang hijau”
bernyala, dia menggunakan lima langkah untuk melintas dengan selamat. Kemudian,
Azmi berjalan di laluan pejalan kaki untuk ke hentian bas.
Sementara menunggu kedatangan Bakar, Azmi memerhatikan
banyak papan tanda dan penanda jalan di sekeliling untuk dipatuhi oleh pengguna
jalan raya. Dia juga nampak seorang
pemuda melintas jalan menggunakan lintasan belang. Ada juga penunggang dan pembonceng motosikal
yang mematuhi undang-undang jalan raya dengan memakai topi keledar.
Apabila Bakar sampai, Azmi mengajaknya berjalan
melalui laluan pejalan kaki. Bakar
mengingatkan Azmi agar memilih tempat yang selamat untuk berjalan dan tidak
berjalan di kawasan berbahaya seperti lebuh raya. Mereka pulang dari pusat beli belah pada
waktu malam. Mereka tidak bimbang akan
keselamatan mereka di jalan raya kerana mereka berpakaian cerah yang mudah dilihat
oleh pengguna jalan raya yang lain.
26 August 2012
LIRIK LAGU CERMAT TIBA SELAMAT
Mari Menyanyi
Lagu Cermat tiba selamat
Bila lintas jalan
Jangan main-main
Lihat kiri kanan
Toleh ke belakang
Lima langkah melintas
Perlu dipatuhi
Jika tiada kereta
Barulah melintas
Bila jalan kaki
Ikutlah laluan
Lintasan belang
Ada di hadapan
Bonceng motorsikal
Pakai topi
keledar
Ikat ketat-ketat
Pastikan selamat
Jalan raya kita
Tempat berbahaya
Ikut peraturan
Pasti kita selamat
Berhati-hati
Bila di jalan raya
Jaga keselamatan
Tanggungjawab
bersama
Subscribe to:
Posts (Atom)



