LAMAN BLOG MEMAPARKAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK BAHASA MELAYU

16 April 2012

KESALAHAN BAHASA SIRI 2

Ayat 1

Setiap orang murid harus datang awal ke sekolah.

Ayat yang betul

Setiap murid harus datang awal ke sekolah.

Ayat 2

Sekalian orang peserta kursus harus menepati masa yang ditetapkan.

Ayat yang betul
Sekalian peserta kursus harus menepati masa yang ditetapkan.

Penjodoh Bilangan

1.  Penjodoh bilangan biasanya digunakan dengan kata bilangan.
2.  Tetapi ada kalanya penjodoh bilangan tidak perlu digunakan

SALAH:
setiap orang murid
semua orang pekerja
seluruh buah kampung
segala ekor binatang
sekalian orang peserta
para orang guru

BETUL:
setiap murid
semua pekerja
seluruh kampung
segala binatang
sekalian peserta
para guru

3.  Penjodoh bilangan tidak juga diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak

SALAH:
beberapa buah usul
kedua-dua bentuk sifat
setiap buah sumbangan
semua buah pendapat
segala butir cadangan
tiap-tiap bentuk kenangan
pelbagai bentuk teguran

BETUL:
beberapa usul
kedua-dua sifat
setiap sumbangan
semua pendapat
segala cadangan
tiap-tiap kenangan
pelbagai teguran

No comments:

Post a Comment